Cute Rocket

Saturday 12 May 2012

SEJARAH KAMPUNG NIBONG HANGUS

Menurut cerita orang dahulu, kampung ini telah dibuka oleh seorang Panglima Bugis yang bernama Tuan Haji Omar Bin Abdullah yang dalam perjalanan pulang ke Selangor selepas berperang di Kedah. Beliau bersama 250 orang pengikutnya telah singgah di muara Sungai Kurau untuk berehat dan mendapatkan bekalan makanan dan minuman . Sewaktu mereka menyusuri Sungai Kurau itu mereka telah tiba di satu kawasan yang dipenuhi pokok nipah dan nibong .
POKOK NIBUNG





Apabila melihat keadaan kawasan tersebut , Tn. Haji Omar Bin Abdullah bercadang untuk meneroka kawasan tersebut dan telah berbincang dengan para pengikutnya . Setelah mendapat persetujuan dari para pengikutnya , kerja-kerja menebang dan menebas   pokok nipah dan pokok  nibong dimulakan sehingga terbina sebuah perkampungan . Oleh kerana , sewaktu kerja-kerja menebas dan menebang di jalankan , banyak pokok nibong yang ditebang  dikumpulkan sehingga membukit ,Salah seorang dari pada mereka telah membakar semua sisa-sisa nibong tersebut sehingga hangus. Maka, dari situlah terbitnya KampungNibong Hangus “  

1 comment:

  1. Saya dilahirkan diKg Nibung Hangus pd 10 Jun 1959. Memang ramai penduduk asal adalah berketurunan Bugis yg dtg berhijrah dari Kg Kurau diBanting dan Kg Kuantan diKuala Selangor

    Ada pun penduduk awal ramai sudah meninggal dunia. Hanya beberapa orang sahaja yg masih bernafas termasuk Pak Cik saya yg digelar nama nya Apak popular di situ. Nama beliau Omar B Ludin.
    Ludin ada lah datuk sebelah ibu saya Zaleha bt Ludin.
    Arwah ibu banyak berceritakan hal salah silah keluarga dan saya sempat bertemu adik beradik di Bukit Jugra Banting serta masih selalu menziarahi sedara2 di Kg Kuantan Kuala Selangor.

    Generasi muda2 bukan tahu bab ini sbb mereka bukan dari keturunan atau penduduk asal mahu pun dilahirkan di kg Nihung Hangus.

    ReplyDelete